Rizab Antarabangsa BNM pada 15 September 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 22 September 2003
22 Sep 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM150.4 bilion atau AS$39.6 bilion pada 15 September 2003. Peningkatan sebanyak RM3.4 bilion atau AS$0.9 bilion pada separuh pertama September adalah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi, dan aliran masuk pelaburan portfolio. Aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, penghantaran pulang dividen serta pembayaran balik hutang luar negara. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 6.2 bulan import tertangguh dan adalah 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 September 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?