Rizab antarabangsa BNM pada 15 September 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 22 September 2004
22 Sep 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat sebanyak RM3.5 bilion (AS$0.9 bilion) kepada RM210.7 bilion (AS$55.4 bilion) pada 15 September 2004. Aliran masuk pada separuh pertama bulan September adalah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi, aliran masuk dana asing untuk pelaburan dan pengambilan pinjaman luar negeri. Aliran keluar semasa tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembayaran untuk import barangan dan perkhidmatan dan penghantaran balik dividen yang sederhana. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
22 September 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?