Rizab Antarabangsa BNM pada 28 Feb 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1830 pada Jumaat, 8 Mac 2002
08 Mac 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM972 juta atau AS$256 juta kepada RM119.6 bilion atau AS$31.5 bilion pada 28 Februari 2002. Pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk modal portfolio yang berterusan adalah lebih daripada memadai untuk membiayai aliran keluar. Justeru itu, tren peningkatan rizab dapat dikekalkan walaupun terdapat pembayaran balik hutang luar negeri yang besar yang merupakan sebahagian daripada kegiatan penstrukturan semula syarikat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!