Rizab Antarabangsa BNM pada 28 Februari 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1715 pada Jumaat, 7 Mac 2003
07 Mac 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM1.2 bilion atau AS$0.3 bilion kepada RM132.3 bilion atau AS$34.8 bilion pada 28 Februari 2003. Peningkatan rizab pada separuh kedua bulan Februari mencerminkan terutamanya aliran masuk yang berkekalan besar daripada perolehan eksport yang dibawa pulang. Terdapat juga pengambilan pinjaman luar negeri bersih oleh sektor swasta. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Mac 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?