Rizab Antarabangsa BNM pada 28 Februari 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 8 Mac 2004
08 Mac 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM3.2 bilion atau AS$0.8 bilion kepada RM187.1 bilion atau AS$49.2 bilion pada 28 Februari 2004. Peningkatan rizab pada separuh kedua bulan Februari disebabkan oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berterusan, aliran masuk dana portfolio yang lebih besar, dan pengambilan pinjaman luar negeri oleh sektor swasta. Sementara itu, aliran keluar pada separuh kedua bulan Februari mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan menampung 5.4 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
08 Mac 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?