Rizab Antarabangsa BNM pada 28 Februari 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Selasa, 8 Mac 2005
08 Mac 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat pada separuh kedua bulan Februari kepada RM272.9 bilion (AS$71.8 bilion) pada 28 Februari 2005. Peningkatan rizab sebanyak RM3.3 bilion (AS$0.9 bilion) pada tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk pelaburan portfolio yang sederhana. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar. Paras rizab adalah mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan adalah 6.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!