Rizab Antarabangsa BNM pada 28 Jun 2013

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Jumaat, 5 Julai 2013
05 Jul 2013 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM432.8 bilion (bersamaan denganUSD136.1 bilion) pada 28 Jun 2013. Paras rizab pada 28 Jun 2013 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
05 Julai 2013

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?