Rizab Antarabangsa BNM pada 28 November 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 8 Disember 2003
08 Dis 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM0.2 bilion atau AS$0.04 bilion pada separuh kedua November kepada RM167.0 bilion atau AS$44.0 bilion pada 28 November 2003. Aliran masuk disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport, pelaburan portfolio dan pelaburan langsung asing, manakala aliran keluar adalah terutamanya untuk pembayaran import barangan dan perkhidmatan serta penghantaran pulang dividen. Paras rizab pada 28 November adalah memadai untuk membiayai 7.0 bulan import tertangguh dan adalah 4.7 kali hutang luar negara jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
08 Disember 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?