Rizab Antarabangsa BNM pada 28 September 2012

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 5 Oktober 2012
05 Okt 2012 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM421.3 bilion (bersamaan dengan USD137.5 bilion) pada 28 September 2012. Paras rizab ini telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan mata wang utamadan serantau pada suku ketiga. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan ialah 3.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
05 Oktober 2012

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?