Rizab antarabangsa BNM pada 29 Julai 2005
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM298.7 bilion atau bersamaan USD78.7 bilion pada 29 Julai 2005. Kira-kira dua pertiga daripada aliran masuk tersebut telah berlaku pada hari berikutnya selepas pengumuman perubahan dalam rejim kadar pertukaran kepada apungan terurus. Walau bagaimanapun, pada hari-hari berikutnya, aliran ini menjadi normal dengan aliran masuk dan aliran keluar mencerminkan urus niaga yang biasa. Secara keseluruhannya, proses penemuan harga adalah teratur. Urus niaga sepanjang tempoh ini adalah terutamanya untuk perdagangan antarabangsa, pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio. Ia juga mencerminkan urus niaga untuk pembayaran import barangan dan perkhidmatan, penghantaran balik dividen dan pelaburan luar negeri oleh syarikat Malaysia. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan adalah 7.6 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.