Rizab Antarabangsa BNM pada 29 Jun 2001
Embargo: Untuk siaran segera
09 Jul 2001
Siaran Akhbar
Ekoran daripada aliran masuk perdagangan dan pelaburan langsung asing yang berterusan pada separuh kedua bulan Jun, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia telah meningkat kepada RM100.1 bilion atau AS$26.3 bilion pada akhir bulan Jun 2001. Bagaimanapun, berikutan penyesuaian suku tahunan yang mengambil kira kerugian penilaian semula disebabkan terutamanya oleh kelemahan euro yang berterusan, rizab pada akhir bulan Jun berjumlah sebanyak RM98.9 bilion atau AS$26 bilion. Paras rizab ini adalah memadai untuk pembiayaan 3.9 bulan import tertangguh dan adalah 5.6 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!