Rizab Antarabangsa BNM pada 29 Jun 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1200 pada Isnin, 8 Julai 2002
08 Jul 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM127.7 bilion atau AS$33.6 bilion pada 29 Jun 2002. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 4.6 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Aliran masuk perolehan eksport yang dibawa pulang berkekalan pada separuh kedua bulan Jun. Aliran masuk ini telah mengimbangi sebahagian daripada pembayaran balik pinjaman luar negeri sebanyak AS$320 juta, pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang meningkat serta penghantaran pulang keuntungan dan dividen yang lebih tinggi oleh pemastautin pada pertengahan tahun. Komposisi mata wang rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia yang pelbagai telah menyumbang kepada keuntungan penilaian semula sebanyak AS$1.4 bilion berikutan penilaian semula sukuan ke atas rizab yang terkumpul pada 29 Jun 2002, lalu menghasilkan keuntungan penilaian semula bersih sebanyak AS$1.2 bilion untuk separuh tahun pertama. Keuntungan penilaian semula ini juga telah mengimbangi kerugian penilaian semula sebanyak AS$1.1 bilion pada tahun 2001 yang merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemerosotan rizab pada separuh pertama tahun 2001.


Bank Negara Malaysia
08 Julai 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?