Rizab Antarabangsa BNM pada 29 Jun 2007
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0900 pada Jumaat, 6 Julai 2007
06 Jul 2007
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM339.8 bilion (bersamaan USD98.4 bilion) pada 29 Jun 2007. Paras rizab pada 29 Jun 2007 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab hasil daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan mata wang utama berbanding ringgit pada suku kedua. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.9 bulan import tertangguh dan ialah 8.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!