Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Apr 2001

Embargo: Untuk siaran segera
08 Mei 2001 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah sebanyak RM100.5 bilion atau AS$26.4 bilion pada akhir bulan April 2001, berbanding sebanyak RM99.9 bilion atau AS$26.3 bilion pada 14 April 2001. Paras rizab memadai untuk pembiayaan kira-kira 4 bulan import tertangguh dan adalah 5.7 kali hutang luar negara jangka pendek.
Kenaikan rizab antarabangsa pada separuh kedua bulan April 2001 mencerminkan perolehan eksport yang dibawa pulang oleh pengeksport dan bayaran yang lebih rendah terhadap import barangan dan perkhidmatan. Aliran masuk perdagangan dan modal jangka panjang yang berterusan adalah mencukupi untuk menampung aliran keluar dalam bentuk modal portfolio dan pembayaran balik hutang luar negara.


Bank Negara Malaysia
08 Mei 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?