Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Apr 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1815 pada Rabu, 8 Mei 2002
08 Mei 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM874 juta atau AS$230 juta pada separuh kedua bulan April kepada RM124.4 bilion atau AS$32.7 bilion pada 30 April 2002. Pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk bersih pelaburan adalah lebih daripada memadai untuk menampung pembayaran balik pinjaman luar negeri sebanyak AS$360 juta dan pelaburan luar negeri sebanyak AS$170 juta. Paras rizab pada 30 April 2002 adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah 5.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Pembayaran balik pinjaman luar negeri pada bulan April berjumlah sebanyak AS$1.1 bilion. Sebahagian daripada prabayaran yang dijadualkan pada bulan April akan dijelaskan pada bulan Mei. Dengan mengambil kira pembayaran ini, pembayaran balik hutang pada bulan Mei adalah dijangkakan kira-kira AS$1 bilion. Keadaan ekonomi, secara amnya, dan sektor luaran, khususnya, yang bertambah baik akan membolehkan Malaysia menampung aliran keluar ini. Tambahan lagi, pembayaran balik dan prabayaran berkenaan akan mengurangkan lagi pendedahan sektor swasta kepada hutang luar negeri.


Bank Negara Malaysia
08 Mei 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?