Rizab Antarabangsa BNM pada 30 April 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1830 pada Khamis, 8 Mei 2003
08 Mei 2003 Siaran Akhbar

Peningkatan rizab berterusan pada separuh kedua bulan April. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM1.3 bilion atau AS$0.3 bilion dalam tempoh berkenaan kepada RM134.9 bilion atau AS$35.5 bilion pada 30 April 2003. Aliran masuk terdiri terutamanya daripada perolehan eksport yang dibawa pulang, dan pengambilan pinjaman luar negara yang kecil oleh sektor swasta. Aliran keluar dalam tempoh berkenaan mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, dan penghantaran pulang keuntungan dan dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
08 Mei 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?