Rizab Antarabangsa BNM pada 30 April 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berkekalan sebanyak RM202.9 bilion atau AS$53.4 bilion pada 30 April 2004. Aliran masuk pada separuh kedua bulan April disokong terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berterusan dan aliran masuk dana asing untuk pelaburan portfolio dan pelaburan langsung asing. Aliran keluar disebabkan oleh pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi yang mencerminkan aktiviti ekonomi yang lebih kukuh, penghantaran pulang dividen, dan pembayaran balik hutang luar negeri oleh sektor swasta. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan adalah 5.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.