Rizab Antarabangsa BNM pada 30 April 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 9 Mei 2005
09 Mei 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM280.2 bilion (USD73.7 bilion) pada 30 April 2005. Peningkatan sebanyak RM3.5 bilion (USD0.9 bilion) pada separuh kedua bulan April telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, aliran masuk pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio. Aliran keluar disebabkan terutamanya oleh pembayaran import barangan dan perkhimatan dan penghantaran balik dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan adalah 6.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!