Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Jun 2003
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM1.2 bilion atau AS$0.3 bilion pada separuh kedua bulan Jun kepada RM140.9 bilion atau AS$37.1 bilion pada 30 Jun 2003. Aliran masuk daripada perolehan eksport terus berkekalan manakala aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar, penghantaran pulang dividen dan pembayaran balik pinjaman luar negara. Paras rizab pada akhir bulan Jun telah mengambil kira pelarasan sukuan yang menghasilkan keuntungan penilaian semula pertukaran asing yang belum direalisasi berjumlah sebanyak AS$573 juta, disebabkan terutamanya oleh peningkatan nilai euro dan paun sterling berbanding dolar AS pada suku kedua 2003. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.8 bulan import tertangguh dan adalah 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.