Rizab antarabangsa BNM pada 30 Jun 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM204.8 bilion atau AS$53.9 bilion pada 30 Jun 2004. Aliran masuk semasa tempoh tersebut disokong terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, pengambilan pinjaman luar negeri dan aliran masuk dana portfolio yang sederhana. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar dan penghantaran balik dividen yang lebih tinggi. Paras rizab turut mengambil kira pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing dengan kerugian sebanyak AS$506 juta. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan menampung 5.4 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.