Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Jun 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 8 Julai 2005
08 Jul 2005 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kekal stabil pada RM285.8 bilion atau USD75.2 bilion pada 30 Jun 2005. Aliran masuk pada tempoh tersebut disokong oleh penghantaran balik perolehan eksport yang lebih tinggi, pelaburan langsung asing dan aliran masuk dana portfolio yang sederhana. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar, penghantaran balik dividen yang lebih tinggi dan pembayaran balik pinjaman luar negeri oleh sektor swasta. Paras rizab telah turut mengambil kira kerugian daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing sebanyak USD1.6 bilion, berikutan pengukuhan dolar AS berbanding matawang asing utama yang lain. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan adalah 7.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
08 Julai 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?