Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Jun 2008

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 7 Julai 2008
07 Jul 2008 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM410.9 bilion (bersamaan USD125.8 bilion) pada 30 Jun 2008. Paras rizab pada 30 Jun 2008 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan penambahan nilai rizab disebabkan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku kedua. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 10 bulan import tertangguh dan ialah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Julai 2008

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?