Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Jun 2010

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 7 Julai 2010
07 Jul 2010 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM309.8 bilion (bersamaan dengan USD94.8 bilion) pada 30 Jun 2010. Paras rizab pada 30 Jun 2010 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi penurunan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang utama pada suku kedua. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 4.4 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Julai 2010

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?