Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Jun 2011
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Khamis, 7 Julai 2011
07 Jul 2011
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM406.3 bilion (bersamaan dengan USD134.3 bilion) pada 30 Jun 2011, setelah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi peningkatan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku kedua. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan ialah 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!