Rizab Antarabangsa BNM pada 30 June 2009

Embargo: Untuk siaran segera
07 Jul 2009 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM322.9 bilion (bersamaan USD91.5 bilion) pada 30 Jun 2009. Paras rizab pada 30 Jun 2009 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab hasil daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan sebahagian mata wang utama berbanding ringgit pada suku kedua. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan ialah 3.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Julai 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?