Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Mac 2007

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0900 pada Jumaat, 6 April 2007
06 Apr 2007 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM305.9 bilion atau bersamaan USD88.6 bilion pada 30 Mac 2007. Paras rizab pada 30 Mac 2007 telah mengambil kira pengurangan nilai rizab hasil daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama pada suku pertama. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 

 


Bank Negara Malaysia
06 April 2007

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?