Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Mac 2012
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Jumaat, 6 April 2012
06 Apr 2012
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM416.1 bilion (bersamaan USD135.7 bilion) pada 30 Mac 2012. Paras rizab ini telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan mata wang utama dan serantau pada suku pertama. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan ialah 4 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!