Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Mei 2014

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1800 pada Jumaat, 6 Jun 2014
06 Jun 2014 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM427 bilion (bersamaan dengan USD130.9 bilion) pada 30 Mei 2014. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.1 bulan import tertangguh dan ialah 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.[1]


[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang diberikan definisi semula, termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dalam sistem perbankan, dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk 'Definisi Semula Hutang Luar Negeri' dalam Buletin Suku Tahunan berkenaan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.

Bank Negara Malaysia
06 Jun 2014

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?