Rizab Antarabangsa BNM pada 30 November 2002
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat kepada RM130.9 bilion atau AS$34.4 bilion pada 30 November 2002. Peningkatan sebanyak RM481.1 juta atau AS$126.6 juta pada separuh kedua bulan November mencerminkan kemapanan perolehan eksport yang dibawa pulang dan kemasukan pelaburan langsung asing yang berterusan. Aliran masuk ini adalah lebih daripada mencukupi untuk membiayai pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, termasuk pembayaran dividen, serta pembayaran balik pinjaman luar negeri dan aliran keluar bersih dana portfolio. Paras rizab tersebut adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 5.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Walaupun pembayaran balik hutang luar negeri dan penghantaran ke luar negeri berpunca daripada penghantaran pulang keuntungan dan dividen pada akhir tahun dijangka lebih tinggi pada bulan Disember, prestasi ekonomi secara umumnya, dan sektor luaran secara khususnya, yang bertambah baik, bersama-sama dengan paras rizab yang kukuh akan membolehkan Malaysia menampung aliran keluar ini.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.