Rizab antarabangsa BNM pada 30 November 2004
Pada separuh kedua bulan November, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM7.9 bilion (AS$2.1 bilion) kepada RM239.3 bilion (AS$63.0 bilion) pada 30 November 2004. Peningkatan rizab antarabangsa disokong oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi serta aliran masuk dana portfolio dan pelaburan langsung asing. Aliran keluar semasa tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan, pelaburan luar negeri oleh syarikat Malaysia dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.