Rizab Antarabangsa BNM pada 30 November 2005
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Khamis, 8 Disember 2005
08 Dis 2005
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM275.3 bilion atau bersamaan USD73.1 bilion pada 30 November 2005. Dalam tempoh ini, terdapat satu pembayaran balik pinjaman luar negeri yang besar oleh Kerajaan Persekutuan. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 8 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!