Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Ogos 2001
Embargo: Untuk siaran segera
07 Sep 2001
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak RM949 juta atau AS$250 juta pada separuh kedua bulan Ogos kepada RM105.3 bilion atau AS$27.7 bilion pada 30 Ogos 2001, berbanding sebanyak RM104.3 bilion atau AS$27.5 bilion pada 15 Ogos 2001. Kenaikan rizab mencerminkan aliran masuk yang berterusan daripada perdagangan dan pelaburan langsung asing serta kemasukan bersih dana portfolio yang lebih daripada mengimbangi pembayaran terhadap perkhidmatan dan pembayaran balik hutang luar negeri. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 4.2 bulan import tertangguh dan adalah 5.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!