Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Ogos 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1830 pada Isnin, 9 September 2002
09 Sep 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat lagi sebanyak RM277 juta atau AS$73 juta kepada RM130.1 bilion atau AS$34.2 bilion pada 30 Ogos 2002. Pembawaan pulang perolehan eksport yang berterusan adalah faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan rizab, mencerminkan kedudukan imbangan pembayaran Malaysia yang berterusan kukuh. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!