Rizab Antarabangsa BNM pada 30 Ogos 2003
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 8 September 2003
08 Sep 2003
Siaran Akhbar
Trend peningkatan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berterusan pada setengah bulan kedua Ogos untuk meningkat sebanyak RM0.3 bilion atau AS$0.1 bilion kepada RM146.9 bilion atau AS$38.7 bilion pada 30 Ogos 2003. Peningkatan rizab adalah disokong oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang terus berkekalan serta aliran masuk pelaburan asing. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan serta penghantaran pulang dividen. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 6 bulan import tertangguh dan adalah 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!