Rizab antarabangsa BNM pada 30 Ogos 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM279 juta (AS$74 juta) pada separuh kedua bulan Ogos kepada RM207.2 bilion (AS$54.5 bilion) pada 30 Ogos 2004. Aliran masuk semasa tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berterusan dan aliran masuk pelaburan langsung asing. Sementara itu, aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, penghantaran balik dividen, pelaburan portfolio dan pembayaran balik pinjaman luar negeri. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan adalah 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.