Rizab antarabangsa BNM pada 30 Oktober 2004

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 8 November 2004
08 Nov 2004 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus mengukuh pada separuh kedua bulan Oktober kepada RM226 bilion (AS$59.5 bilion) pada 30 Oktober 2004. Peningkatan sebanyak RM3.8 bilion (AS$1 bilion) semasa tempoh tersebut telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan, aliran masuk pelaburan portfolio dan pengambilan pinjaman luar negeri. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi dan penghantaran balik dividen. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan adalah 5.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
08 November 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?