Rizab Antarabangsa BNM pada 30 September 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1530 pada Selasa, 8 Oktober 2002
08 Okt 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM129.1 bilion atau AS$34 bilion pada 30 September 2002. Aliran masuk daripada perolehan eksport yang dibawa pulang berkekalan pada separuh kedua bulan September. Aliran keluar mencerminkan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik hutang luar negeri, dan aliran dana portfolio. Paras rizab pada akhir bulan September telah mengambil kira pelarasan sukuan yang menghasilkan kerugian penilaian semula pertukaran asing yang belum direalisasi berjumlah sebanyak AS$122 juta, disebabkan terutamanya oleh penyusutan nilai yen dan euro berbanding dolar AS pada suku ketiga 2002. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.5 bulan import tertangguh dan adalah kira-kira 5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
08 Oktober 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?