Rizab Antarabangsa BNM pada 30 September 2003
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM4.4 bilion atau AS$1.2 bilion pada separuh kedua bulan September kepada RM154.8 bilion atau AS$40.7 bilion pada 30 September 2003. Peningkatan ini mencerminkan terutamanya pembawaan pulang perolehan eksport yang terus berkekalan, aliran masuk dana asing dan keuntungan daripada penilaian semula pertukaran asing. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan yang lebih besar, penghantaran pulang dividen dan pembayaran balik hutang luar negara. Paras rizab pada akhir bulan September telah mengambil kira pelarasan sukuan yang menghasilkan keuntungan penilaian semula pertukaran asing yang belum direalisasi berjumlah sebanyak AS$542 juta, disebabkan terutamanya oleh peningkatan nilai euro dan yen berbanding dolar AS pada suku ketiga. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 6.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.