Rizab antarabangsa BNM pada 30 September 2004
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus meningkat sebanyak RM5.4 bilion (AS$1.4 bilion) kepada RM216.1 bilion (AS$56.9 bilion) pada 30 September 2004. Peningkatan rizab pada separuh kedua bulan September telah disebabkan terutamanya oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk dana portfolio dan pelaburan langsung asing. Paras rizab turut mengambil kira keuntungan daripada pelarasan sukuan penilaian semula pertukaran asing sebanyak AS$392 juta. Aliran keluar mencerminkan terutamanya pembayaran untuk import barangan dan perkhidmatan, pembayaran balik pinjaman luar negeri dan penghantaran balik dividen. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan adalah 5.1 kali hutang luar negeri jangka pendek
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.