Rizab Antarabangsa BNM pada 30 September 2009
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Rabu, 7 Oktober 2009
07 Okt 2009
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM334.3 bilion (bersamaan dengan USD96.0 bilion) pada 30 September 2009. Paras rizab pada 30 September 2009 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perolehan daripada penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku ketiga. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!