Rizab Antarabangsa BNM pada 30 September 2010

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Khamis, 7 Oktober 2010
07 Okt 2010 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM310.8 bilion (bersamaan dengan USD100.7 bilion) pada 30 September 2010. Paras rizab pada 30 September 2010 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi kerugian penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku ketiga. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Oktober 2010

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?