Rizab Antarabangsa BNM pada 30 September 2011

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 7 Oktober 2011
07 Okt 2011 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM417.2 bilion (bersamaan dengan USD131 bilion) pada 30 September 2011. Paras rizab pada 30 September 2011 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi peningkatan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku ketiga. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan ialah 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Oktober 2011

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?