Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2007

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0900 pada Isnin, 7 Januari 2008
07 Jan 2008 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM335.7 bilion (bersamaan USD101.3 bilion) pada 31 Disember 2007. Paras rizab pada 31 Disember 2007 telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama pada suku keempat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan ialah 6 kali hutang luar negeri jangka pendek.

 


Bank Negara Malaysia
07 Januari 2008

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?