Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2011

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Isnin, 9 Januari 2012
09 Jan 2012 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM423.4 bilion (bersamaan dengan USD133.6 bilion) pada 31 Disember 2011. Paras rizab pada 31 Disember 2011 telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan beberapa mata wang utama pada suku keempat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan adalah 4 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Bagi keseluruhan tahun 2011, rizab antarabangsa meningkat sebanyak RM94.8 bilion kepada RM423.4 bilion (akhir tahun 2010: RM328.7 bilion). Kedudukan rizab yang lebih tinggi ini mencerminkan terutamanya lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing, modal portfolio dan pelaburan lain. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada aliran masuk ini telah diimbangi oleh pelaburan langsung ke luar negeri. Di samping itu, terdapat peningkatan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing kumulatif yang belum direalisasikan berikutan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit pada tahun tersebut.

Rizab antarabangsa Malaysia yang kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya dijangka kekal pada paras yang baik pada tahun 2012. Paras rizab akan disokong oleh aliran masuk perdagangan dan pelaburan.


Bank Negara Malaysia
09 Januari 2012

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?