Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Jan 2002
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 2000 pada Jumaat, 8 Februari 2002
08 Feb 2002
Siaran Akhbar
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah stabil pada paras RM117.6 bilion atau AS$30.9 bilion pada 31 Januari 2002. Perolehan eksport kekal kukuh dan tanda-tanda keadaan ekonomi yang bertambah baik di dalam dan luar negeri telah mendorong aliran masuk bersih modal portfolio pada separuh kedua bulan Januari. Aliran keluar bagi tempoh ini pula mencerminkan pembayaran ke atas import barangan dan perkhidmatan. Paras rizab masih memadai untuk membiayai 5.1 bulan import tertangguh dan adalah 6.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!