Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Januari 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 7 Februari 2003
07 Feb 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM0.6 bilion atau AS$0.2 bilion kepada RM131.5 bilion atau AS$34.6 bilion pada 31 Januari 2003. Aliran masuk daripada perolehan eksport yang dibawa pulang adalah lebih besar pada separuh kedua bulan Januari. Aliran masuk ini adalah memadai untuk membiayai pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan, pelaburan luar negeri yang lebih besar oleh syarikat-syarikat Malaysia, pembayaran balik hutang luar negeri dan aliran keluar dana portfolio. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.4 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
07 Februari 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?