Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Januari 2004
Pada separuh bulan kedua Januari, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM7.8 bilion atau AS$2.1 bilion kepada RM181.4 bilion atau AS$47.7 bilion pada 31 Januari 2004. Peningkatan ini disokong oleh pembawaan pulang perolehan eksport yang berkekalan dan aliran masuk dana portfolio serta pelaburan langsung asing yang lebih besar. Aliran keluar pada separuh bulan kedua Januari mencerminkan terutamanya pembayaran untuk import barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik hutang luar negara oleh sektor awam dan swasta. Paras rizab ini adalah memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan adalah 5.3 kali hutang luar negara jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.