Rizab antarabangsa BNM pada 31 Januari 2005
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terus mengukuh pada separuh kedua bulan Januari kepada RM264.7 bilion (AS$69.6 bilion) pada 31 Januari 2005. Peningkatan sebanyak RM10.5 bilion (AS$2.8 bilion) semasa tempoh tersebut mencerminkan terutamanya pembawaan pulang perolehan eksport yang lebih tinggi, dan aliran masuk pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio yang lebih besar. Aliran keluar semasa tempoh tersebut disebabkan terutamanya oleh pembayaran import barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, dan pembayaran balik hutang luar negeri yang sederhana. Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan menampung 6 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.