Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Julai 2002

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0119 pada Khamis, 8 Ogos 2002
08 Ogo 2002 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak RM129.3 bilion atau AS$34 bilion pada 31 Julai 2002. Aliran masuk perolehan eksport yang dibawa pulang dan pelaburan langsung asing berkekalan pada separuh kedua bulan Julai. Aliran keluar mencerminkan terutamanya prabayaran dan pembayaran balik pinjaman luar negeri yang berjumlah sebanyak AS$270 juta, penghantaran pulang dividen dan pembayaran terhadap import barangan dan perkhidmatan. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import tertangguh dan adalah 4.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
08 Ogos 2002

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?