Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Julai 2003

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1700 pada Jumaat, 8 Ogos 2003
08 Ogo 2003 Siaran Akhbar

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat lagi dengan sebanyak RM0.4 bilion atau AS$0.1 bilion pada separuh kedua bulan Julai kepada RM145.2 bilion atau AS$38.2 bilion pada 31 Julai 2003 atas sebab pembawaan pulang perolehan eksport yang terus berkekalan dan aliran masuk dana asing untuk pelaburan. Aliran keluar mencerminkan pembayaran ke atas import barangan dan perkhidmatan serta penghantaran pulang dividen yang lebih besar. Paras rizab adalah memadai untuk membiayai 5.9 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negara jangka pendek.


Bank Negara Malaysia
08 Ogos 2003

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?